Objektif Penubuhan

Pusat tuisyen ini bertujuan untuk menaiktaraf pemikiran para pelajar dan ibu bapa tentang kepentingan mempelajari subjek matematik. Kesedaran matematik bukan pada kertas semata-mata, tetapi sangat berguna pada pengurusan kehidupan para pelajar di masa akan datang.

Sejarah Penubuhan NSF Tutors

Pada tahun 2020 diusia 29 tahun, Cikgu Saidatul telah membuka pusat tuisyen ini dimana pusat tuisyen ini hanya mengajar subjek matematik dan sepenuhnya atas talian (online). Penubuhan Pusat tuisyen ini bermula dengan tunjuk ajar dan pujukan dari pusat pengajian, ibubapa dan para pelajar beliau sendiri.

Pengenalan Founder

Pendidikan

Cikgu Nur Saidatul Fatimah Binti Abdul Rashid merupakan salah seorang antara sepuluh pelajar yang tercalon di dalam anugerah naib canselor ketika belajar di ijazah sarjana dalam bidang kejuruteraan (Master of Mechanical Engineering – Energy Engineering). Pointer tertinggi sepanjang pengajian yang pernah beliau perolehi adalah 3.97. Cikgu saidatul juga pernah ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran doktor falsafah ke sebuah universiti terkemuka yang terletak di negara Jerman. Beliau juga tidakΒ  pernah memperoleh selain gred A untuk subjek Matematik dari akhir persekolahan sehingga ke peringkatan universiti.

Pengalaman Sebagai Pendidik

Minat Cikgu Saidatul dalam bidang perniagaan dan juga pendidikan bermula sejak usia 20 tahun sehingga kini. Selepas tamat pengajian di universiti, Cikgu saidatul masih mengadakan kelas tuisyen sambil tidak sedikit pun leka terhadap pekerjaan asasinya sebagai seorang Jurutera di sebuah kilang bertaraf antarabangsa. Cikgu Saidatul meneruskan perjalanan kelas tuisyennya dengan mendidik anak-anak rakan sekerjanya ketika cuti dan pada waktu malam. Sepanjang pengalaman mengajar juga, Cikgu saidatul pernah diambil menjadi guru ganti di sekolah menengah agama, guru sepenuh masa/ sampingan untuk beberapa pusat tuisyen dan turut dijemput untuk mengajar dan menyediakan soalan peperiksaan akhir tahun di sebuah pusat pengajian di Manjung, Perak.

Tercetusnya Idea Pembukaan Pusat Tuisyen

Cikgu Saidatul juga berpengalaman sebagai seorang jurutera selama hampir 4 tahun. Semasa bertugas, beliau pernah berurusan dengan pasukan jurutera dari negara Jepun dan China. Banyak perkongsian ilmiah, teknikal dan professional berlaku ketika melakukan tugasan tersebut. Dari situ, Cikgu Saidatul membuat kesimpulan subjek matematik merupakan asas kepada pelbagai bidang pekerjaan.

Β 

Justeru kerana matematik juga, banyak masalah harian dapat diselesaikan dengan lebih baik dan teratur. Oleh itu tercetusnya keinginan untuk membuka sebuah pusat tuisyen sendiri bagi membantu pelajar dalam subjek matematik sekaligus menjelaskan kepada para pelajar tentang kepentingan subjek matematik dalam kehidupan seharian mereka. Matematik ini bukanlah satu kewajipan kurikulum semata – mata, tetapi matematik juga bakal membantu pelajar dari segi pengurusan kewangan sejurus menjadikan kehidupan para pelajar kearah yang lebih teratur dan sistematik.

Sasaran Tahun 2023

Pusat Tuisyen NSF Tutors berjaya menawarkan kepada ibubapa dan para pelajar dengan kepelbagaian pakej subjek yang diperlukan oleh para pelajar bagi memenuhi kurikulum sekolah. Sekaligus, berhasil menyediakan pelbagai kemudahan dengan memberi keselesaan yang maksimum kepada para pelajar untuk belajar secara atas talian (online) dengan lebih sistematik dan berkesan.

error: Content is protected !!