Tuisyen online NSF Alhamdulillah tutor Nur Saidatul tersangat sangat sangat hebat penyabar & penyayang. Anak mudah faham apa yg cikgu ajar ..yuran dan buku yg disediakan mudah utk anak2 belajar saya bagi 10 bintang ⭐️
Aqil (Tahun 4) & A’rif (Tingkatan 1)
Melaka
Bani dah terer Maths. Jawab pon laju ja masa PDPR Maths dgn cikgu sekolah. Rayyan pun sama, dah makin minat Maths, bdk² ni pon kelas tak boring biorpun blajo online dgn teacher Ema katanye
Bani (Tahun 1) & Rayyan (Tingkatan 1)
Pulau Pinang
Saya sangat berpuas hati dengan sesi pengajaran yang dikendalikan oleh pihak Puan. Anak saya berminat dan berasa seronok untuk mengikuti kelas tuisyen bersama Puan. Saya berasa senang untuk mendapat penggantian kelas walaupun saya buat pembatalan pada last minute. Terima kasih!
Roshaan (Tahun 3) & Ashvika (Tahun 5)
Johor
# Pengendalian sistem pengajian Sistem pengendalian yg agak fleksibel memudah saya mengurus masa anak2. Kelas boleh diadakan apabila ada keperluan dan masa terluang sangatlah balk disamping jadual asal sebagai garis panduan bersama.

# Pembayaran yuran Dengan yuran yang sangat berpatutan serta kaedah pembayaran yang mudah ianya sangat membantu dan membolehkan saya memasukkan 3 orang anak untuk tuisyen bersama NSF Tutors.

# Guru tuisyen Guru tuisyen yang berdedikasi serta mempunyai bukan sahaja kepakaran terhadap subjek tetapi punyai sedikit sebanyak kemahiran memotivasi pelajar sangat dihargai.
Faiz (Tahun 6), Najla (Tingkatan 3) & Faris (Tingkatan 4)
Johor
Pengajaran cikgu memberi kesan baik pada pembelajaran saya iaitu chapter yang susah pun saya dapat faham dgn teliti dan jelas. Cikgu ajar saya berulang-ulang sampai saya mahir dalam chapter tersebut. Saya amat berterima kasih dan menghargai jasa cikgu.
Sevitashree (Tingkatan 4)
Kuala Lumpur
Pusat tuition NSF Tutors memang Terbaik. Khalisa dapat memahami pelajaran Maths dengan baik. Terima kasih Cikgu Ema sebab banyak bersabar mengajar Khalisa. Makin hari makin minat Maths 💐❤️
Khalisa (Tahun 2)
Kedah
error: Content is protected !!